GERGASI Liga Liga, Atletico Madrid memerlukan penentuan sepakan penalti untuk mengatasi naib juara musim lalu Inter Milan, 3-2 bagi mengesahkan kemaraan ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas perlawanan pusingan 16 terbaik, pada Khamis
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Civitas Metropolitan, Madrid itu berakhir dengan agregat 2-2 selepas Inter menang kelebihan satu gol semasa perlawanan pertama pada 21 Februari lalu.
Iklan
Iklan
Federico Dimarco terlebih dulu meletakkan gergasi Serie A itu asuhan Simone Inzaghi di depan selepas menterjemahkan penyudah dalam bentuk jaringan minit ke-33.
Bagaimanapun, pendahulu itu tidak kekal lama apabila Antoine Griezmann menyamakan kedudukan minit ke-35 buat angkatan Diego Simeone tersebut.
Gol Memphis Depay tiga minit sebelum tamat menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa melalui fasa penentuan sepakan penalti bagi mengesahkan wakil Sepanyol berkenaan.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Artikel Berkaitan