Sekolah diseru langgan tiga akhbar utama berbahasa Melayu

Iklan
Sekolah diseru untuk melanggan akhbar utama berbahasa Melayu. Gambar hiasan

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Semenanjung Malaysia diseru untuk melanggan akhbar utama berbahasa Melayu iaitu Sinar Harian, Berita Harian dan Utusan Malaysia.

Menerusi kenyataan, KPM memaklumkan langkah itu sebagai usaha memperkasakan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid dengan membudayakan amalan membaca akhbar di sekolah.

Iklan
Iklan

"Pembelian akhbar boleh dilakukan terus oleh pihak sekolah menggunakan peruntukan sedia ada," kata kementerian itu pada Khamis.

Ujar kementerian itu, inisiatif itu dipercayai dapat membantu meningkatkan penguasaan bahasa Kebangsaan dalam kalangan murid.

Iklan
Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!