Iftar Untukmu Mahasiswa bersama GM Klang-UIAM meriah

Iklan
Pelajar UIAM yang berbuka puasa di program Iftar Untukmu Mahasiswa bersama GM Klang di UIAM pada Rabu. - Foto SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

GOMBAK - Lebih 700 pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memeriahkan program Iftar Untukmu Mahasiswa bersama GM Klang di pekarangan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah di sini pada Rabu.

Program dengan kolobrasi Sinar Harian itu bermula seawal jam 4 petang dipenuhi pelbagai pengisian aktiviti sementara menunggu waktu berbuka puasa termasuk perkongsian ilmu perniagaan serta sesi tazkirah Ramadan disampaikan PU Amin.

Iklan
Iklan

Pengurus Kanan Komunikasi Jenama GM Klang, Norsuhaida Othman berkata, pihak syarikat menaja sejumlah 750 pek makanan kepada pelajar UIAM sebagai salah satu inisiatif memberikan keceriaan dan membantu menjimatkan kos berbuka puasa kepada para pelajar.

Norsuhaida (kiri) berbuka puasa bersama pelajar UIAM pada Rabu. - Foto SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

Menurutnya, program tersebut telah dirancang sekitar dua ke tiga bulan lalu bersama Sinar Harian sebagai pengisian program Ramadan di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat.

Iklan

"UIAM dipilih sebagai lokasi program bagi memperluaskan lagi interaksi susulan sebelum ini tidak pernah lagi bekerjasama dengan UIAM berbanding beberapa universiti lain.

Antara peserta yang mengambil bahagian pada program Iftar Untukmu Mahasiswa bersama GM Klang di UIAM pada Rabu. - Foto SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

"Jadi GM Klang ambil peluang ini memilih UIAM memandangkan universiti ini juga mempunyai pelajar antarabangsa yang turut mendapat manfaat daripada program yang dianjurkan ini," katanya pada Rabu.

Iklan

Beliau berharap penganjuran program ini diteruskan pada masa akan datang dan tidak tertumpu kepada bulan Ramadan sahaja supaya mesej baik kepada masyarakat dapat dilakukan secara berterusan selain mengukuhkan komuniti.

Dalam pada itu, beliau berkata, buat julung kali pusat borong itu bekerjasama dengan pihak luar membuka tapak bazar Ramadan di GM Klang.

Sesi tazkirah Ramadan disampaikan oleh PU Amin. - Foto SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

Ujarnya, pembukaan bazar Ramadan itu membuka peluang lebih 50 peniaga makanan menambah pendapatan selain memudahkan pelanggan GM Klang yang membeli-belah di sana mendapatkan alternatif juadah iftar yang pelbagai.

Pada masa sama katanya, GM Klang turut telah merangka pelbagai pengisian menarik yang akan dilaksanakan bagi memeriahkan suasana sepanjang Ramadan kali ini.

Sementara itu, Pengarah Pejabat Promosi dan Pengambilan Pelajar UIAM, Siti Aisyah Ibrahim berkata, program Iftar Untukmu Mahasiswa bersama GM Klang di UIAM membabitkan aktiviti berbuka puasa secara beramai-ramai itu dapat mengubat kerinduan berbuka puasa bersama keluarga di kampung halaman.

Sesi kuiz menawarkan hadiah kepada pemenang. - Foto SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

Ujarnya, pelajar baharu memulakan sesi semester minggu lalu menyebabkan kebanyakan pelajar hanya akan berpeluang menikmati berbuka puasa bersama keluarga pada cuti di minggu terakhir Ramadan.

"Dengan adanya program berbuka puasa secara beramai-ramai ini lebih meriah dan seronok serta memberikan keceriaan kepada pelajar yang berbuka puasa jauh daripada keluarga," katanya.

Norsuhaida (tengah) menyampaikan cenderamata kepada wakil UIAM. - Foto SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

Beliau turut mengalu-alukan sumbangan pihak luar mahu pun syarikat korporat untuk memberikan tajaan berbuka puasa yang dilihat dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan pelajar.

"Sebenarnya pihak masjid UIAM ada menyediakan juadah iftar kepada pelajar namun jumlah pek adalah bergantung dana daripada sumbangan orang ramai.

Pelajar UIAM menyerbu reruai GM Klang yang menawarkan penebusan hadiah bagi mereka yang muat naik aplikasi GM Klang. - Foto SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

"Jadi saya berterima kasih kepada GM Klang serta Sinar Harian yang menaja pek makanan pada hari ini (Rabu)," katanya.