KPDN sita alat ganti telefon tiruan

Iklan
KPDN Kelantan menyita 265 unit alat ganti telefon tiruan di sebuah kedai di Kota Bharu pada Rabu.

KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita 265 unit alat ganti telefon tiruan di sebuah kedai di sini pada Rabu.

Rampasan itu dilakukan pada jam 10.30 pagi selepas pemeriksaan yang dilakukan mendapati wujud pelanggaran mengikut Akta Cap Dagangan 2019.

Iklan
Iklan

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, nilai rampasan keseluruhan bagi kertas siasatan yang dibuka dianggarkan berjumlah RM4,525.

Pemeriksaan di premis itu mendapati wujud pelanggaran mengikut Akta Cap Dagangan 2019.

"Jika sabit kesalahan pemilik premis perniagaan boleh didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barang.

Iklan

"Manakala individu atau perseorangan pula denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barang atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, KPDN Kelantan memberi amaran kepada mana-mana individu atau peniaga yang dengan niat melakukan aktiviti tidak bermoral ini supaya menghentikannya segera.

Iklan

Ujar beliau, pemantauan dan Operasi Bersepadu bersama wakil pemilik Cap Dagang sentiasa digerakkan.

Pemantauan dan Operasi Bersepadu bersama wakil pemilik Cap Dagang sentiasa digerakkan.

Tambahnya, operasi dilaksanakan bagi membanteras aktiviti penjualan barangan tiruan, penggunaan cap dagangan tanpa kelulusan dan tanpa kebenaran dari pemilik cap dagangan berdaftar.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28