WASHINGTON - Sekurang-kurangnya 16 anggota SWAT Sheriff Orange County (OC) cedera akibat letupan semasa latihan di FBI Special Agent Jerry Crowe Regional Tactical Training Facility, di bandar Irvine, California, menurut pejabat Sheriff OC, lapor Sputnik.
"Hari ini, Rabu, 13 Mac, anggota SWAT kami sedang menjalani latihan tahunan dengan HDS (Seksyen Peranti Berbahaya Sheriff). Semasa latihan, letupan berlaku di dalam rumah menyebabkan kecederaan kepada 16 anggota pasukan SWAT," kata pejabat itu dalam hantaran di laman web X pada Rabu.
Iklan
Iklan
Menurut pejabat itu, 15 pegawai telah dibawa ke hospital tempatan dan seorang anggota pergi sendiri ke hospital. Seorang daripadanya mengalami kecederaan kaki yang memerlukan pembedahan, dua mengalami kecederaan ringan di bahagian belakang dan kaki manakala 13 yang lain mengalami pening dan berdengung di telinga mereka, kata pejabat itu.
Jabatan Sheriff OC dengan kerjasama FBI, telah melancarkan siasatan ke atas kejadian itu, tambah pejabat itu. - Bernama
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28