Remaja lemas terjatuh dalam kolam tadahan

Iklan
Seorang remaja lelaki ditemui lemas selepas terjatuh dalam kolam tadahan air kawasan kelapa sawit di Parit Shafie, Muar pada Rabu.

MUAR - Seorang remaja lelaki lemas selepas terjatuh dalam kolam tadahan air kawasan di kebun kelapa sawit Parit Shafie, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, semasa kejadian pada jam 4.57 petang itu, Muhammad Adam Aqasha Abdullah, 15, pada mulanya bermain air bersama-sama tujuh lagi rakannya.

Iklan
Iklan

"Hasil siasatan mendapati mangsa terjatuh sebelum tenggelam dalam kolam tersebut. Rakan-rakannya cuba membantu tetapi tidak berjaya.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudian dilakukan anggota dan pasukan penyelam dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar.

Iklan

"Mangsa kemudian ditemui pasukan penyelam dalam dasar kolam tersebut pada jam 9.45 malam tadi sebelum mayat dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini untuk bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sementara itu, Komander Operasi dari BBP Muar, Pengusaha Bomba Kanan I Johar Tumin berkata, mayat ditemui pada kedalaman tiga meter dengan jarak dua meter dari tebing mangsa terjatuh.

Iklan

"Mangsa disahkan sudah meninggal dunia oleh pasukan perubatan sejurus ditemui. Mayat ditemui selepas pihak bomba melakukan teknik 'surface searching," ujar beliau.

Menurutnya, operasi SAR tersebut yang disertai sembilan anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) tamat pada jam 10 malam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!