Shahrol Shiro tersalah hantar anak ke sekolah lain

Iklan
Shahrol, tidak sengaja telah tersalah menghantar anak keduanya, Iskandar Rizqi, 7, atau lebih mesra dipanggil Iqi dan perkara itu hanya disedari apabila pihak sekolah menghubunginya.

[DIKEMAS KINI] SEJAK Isnin lalu, pelbagai ragam anak-anak ke sekolah, terutamanya pelajar Tahun Satu menjadi perhatian di media sosial.

Namun lain pula kisahnya yang dikongsikan pelawak dan pelakon, Shahrol Azizie Azmi atau lebih dikenali Shahrol Shiro sehingga mengundang deraian ketawa warga maya yang membaca.

Iklan
Iklan

Akui Shahrol, dia secara tidak sengaja telah tersalah menghantar anak keduanya, Iskandar Rizqi, 7, atau lebih mesra dipanggil Iqi ke sekolah berlainan dan perkara itu hanya disedari apabila pihak sekolah menghubunginya.

"Cerita hari ini (semalam), saya hantar anak ke sekolah. Lepas beberapa jam, saya dapat satu panggilan telefon katanya dari pihak sekolah. Risau jugak kalau ada apa-apa berlaku, rupanya saya tersalah hantar anak ke sekolah," kongsinya.

Iklan
Shahrol bersama anak keduanya, Iskandar Rizqi, 7.

Dalam hantaran berserta video berdurasi 1 minit 10 saat itu, Shahrol bergegas ke Sekolah Kampong Melayu untuk menjemput anaknya yang sepatutnya di hantar ke Sekolah Tunku Mahmood.

"Tak tahu sekolah? Mabuk eh?" gurau seorang wakil sekolah dalam video berkenaan.

Iklan

Shahrol kemudiannya meminta maaf atas kesilapan itu sambil salah seorang guru menyatakan pengalaman tersebut hanya berlaku pada orang tertentu sahaja.

"Terus dia jumpa cikgu, beritahu dia telah tersalah sekolah. Cikgu lihat tanda nama dia dan menyedari dia tersilap sekolah serta terus menghantarnya ke pejabat," tulisnya.

Shahrol juga turut mengingatkan ibu bapa lain agar tidak mengulangi kesilapannya:

Guru-guru SK Kampong Melayu juga tidak melepaskan peluang untuk merakam momen lucu tersebut dengan mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28