Kimanis alami kualiti udara tidak sihat

Iklan
Kimanis iaitu kira-kira 62 kilometer dari sini menerima bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 154 iaitu bacaan tidak sihat.

PAPAR - Kimanis, sebuah kawasan dalam daerah Papar, menjadi satu-satunya kawasan yang mempunyai kualiti udara tidak sihat di Sabah setakat 10 pagi tadi.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, Kimanis iaitu kira-kira 62 kilometer dari sini menerima bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 154 iaitu bacaan tidak sihat.

Iklan
Iklan

Keadaan itu berikutan beberapa insiden kebakaran hutan dan belukar minggu ini.

Di samping itu, Papar juga sedang mengalami kemarau sejak beberapa minggu lepas menyebabkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JBPD) Papar mengisytiharkan daerah itu sebagai kawasan bencana bermula semalam.

Iklan

Jabatan Alam Sekitar mengingatkan orang ramai supaya mengelak daripada melakukan pembakaran terbuka yang akan memburukkan kualti udara ketika cuaca panas sedang melanda. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan