Ketelitian menjadi keutamaan dalam pembinaan Masjid Imanul Fa'izin atau dikenali sebagai Masjid Andalusia di Jalan Pasir Puteh, Kampung Padang Kala, hinggakan untuk pintu gerbang sahaja sebanyak 21 kali ubah suai dilakukan bagi mendapatkan reka bentuk yang tepat.
Masjid yang tular kerana kecantikan dan keunikan reka bentuknya itu mula dibina pada 2020, inspirasi daripada Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Pemilik masjid, Ibrahim Mat Sin, 68, berkata sedari awal beliau amat menitikberatkan reka bentuk setiap binaan kubah, tiang mahupun pintu gerbang masjid agar secara luaran ia menyamai Masjid Sheikh Zayed.