China bidas AS lulus RUU haramkan TikTok

Iklan
China menuduh AS menindas TikTok susulan tindakan Dewan Perwakilan negara itu meluluskan RUU yang boleh mengharamkan aplikasi tersebut.

BEIJING - China menuduh Amerika Syarikat (AS) menindas TikTok susulan tindakan Dewan Perwakilan negara itu meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) yang boleh mengharamkan aplikasi tersebut.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata, AS tidak pernah menemui bukti bahawa TikTok mengancam keselamatan negara.

Iklan
Iklan

"Tingkah laku membuli seperti ini tidak boleh menang dalam persaingan yang adil mengganggu aktiviti perniagaan biasa syarikat.

"Ia juga merosakkan keyakinan pelabur antarabangsa. Akhirnya situasi ini pasti akan kembali 'menggigit' mereka (AS) sendiri," tegas Wenbin.

Iklan

Pada Rabu, Dewan Perwakilan AS telah meluluskan RUU itu yang akan memberi pemilik TikTok, ByteDance kira-kira enam bulan untuk menjual aset syarikat berkenaan kepada pelabur di AS.

Dengan penjualan aset syarikat terbabit kepada pelabur AS, ia sekali gus memutuskan kaitan dengan kerajaan China atau berdepan pengharaman.

Iklan

RUU yang diluluskan dengan undi 352-65 iaitu 15 undi daripada parti Republikan selain 50 undi parti Demokrat yang menentang itu turut mendapat perhatian media China.

Malah, beberapa akhbar negara itu menyiarkan kartun mempersenda usaha AS mengharamkan TikTok.

Untuk rekod, TikTok dimiliki oleh firma berdaftar Kepulauan Cayman yang berpangkalan di Beijing, Byte Dance. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28