Wajah baharu Pasar Siti Khadijah beri keselesaan kepada pengunjung

Iklan
Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Kecil Bumiputera Pasar Besar Siti Khadijah, Ahmad Nazri Che Omar menunjukkan ruang dalaman surau yang dinaik taraf bagi keselesaan pengunjung ketika ditemui Bernama di sini. - Foto Bernama

KOTA BHARU - Kerja-kerja penambahbaikan di Pasar Siti Khadijah di sini memberikan 'wajah baharu' buat bangunan ikonik itu yang sudah usang dimamah usia.

Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Kecil Bumiputera Pasar Siti Khadijah Ahmad Nazri Che Omar berkata ruang rehat yang terletak di antara medan makan dan jualan barangan kering di tingkat satu pasar itu dinaik taraf dua bulan lepas dan kini dilengkapi dekorasi moden selain kemudahan kerusi dan mesin air layan diri bagi keselesaan pengunjung.

Iklan
Iklan

Beliau berkata penambahbaikan itu dilaksanakan melalui peruntukan khas RM50,000 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan Unit Penyelarasan Pelaksaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).

Menurutnya sebuah surau baharu juga dibina ditingkat dua pasar itu melalui sumbangan sebuah bank.

Iklan

"Pasar Siti Khatijah yang dibina pada 1985 ini adalah antara ikon tarikan pelancong ke Kelantan, namun ia sudah agak usang dan perlu banyak penambahbaikan.

"Apabila ada suntikan dana seperti ini, ia dapat memberikan keselesaan kepada pengunjung dan membawa kelebihan kepada peniaga," katanya.

Iklan

Seorang peniaga serunding dan makanan kering Ab Hamid Ab Aziz, 56, berkata projek naik taraf itu membawa limpahan rezeki apabila lebih ramai pelanggan berkunjung ke lot kedainya yang terletak berdekatan ruang rehat tersebut.

Peniaga serunding dan makanan kering, Ab Hamid Ab Aziz, 56, memeriksa serunding yang dijual di Pasar Besar Siti Khadijah di sini. - Foto Bernama

"Keadaan suram bertukar ceria dengan pemasangan jubin baharu berbanding lantai dan dinding simen sebelum ini, memang jauh berbeza suasananya,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pengunjung Hasnah Yusof, 48, berkata usaha menaik taraf pasar Siti Khadijah yang menawarkan produk tempatan itu sangat penting untuk menjadikannya sebagai lokasi ‘wajib’ singgah pelancong ke negeri itu. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28