Bubur Lambuk Masjid India

Iklan

Orang awam telah mula beratur seawal jam 3 petang untuk mengambil agihan juadah bubur lambuk ketika tinjauan FotoBernama di Masjid India Jalan Tuanku Abdul Rahman hari ini.

Juadah bubur lambuk tidak asing lagi setiap kali tibanya Ramadan dalam kalangan warga ibu kota khususnya umat Islam.

Iklan
Iklan

Bagi pihak pengurusan Masjid India, penghasilan bubur lambuk kali ini sudah mencecah usia lebih 100 tahun.

Keistimewaan bubur lambuk ini, selain campuran beras tempatan, ia menggunakan gabungan lebih 10 jenis rempah-ratus yang dibawa daripada India.

Iklan
Iklan

Sebanyak anggaran 2800 bungkusan diagihkan kepada orang ramai pada setiap hari, Ramadan ini. Foto Bernama