Zii Jia lepasi halangan Kean Yew di England

Iklan
Lee Zii Jia. Foto Agensi

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia meneruskan prestasi terbaik dalam Kejuaraan Badminton Seluruh England apabila mengesahkan slot suku akhir pada Khamis.

Tambah menarik, Zii Jia yang berstatus nombor 10 dunia menyingkirkan juara dunia 2021 dari Singapura, Loh Kean Yew nombor 11 dunia straight set 21-15, 21-12 dalam aksi 33 minit pada pusingan kedua di Utilita Arena, Birmingham.

Iklan
Iklan

Zii Jia sebelum itu memulakan kempen di bumi England dengan langkah cemerlang selepas menyingkirkan pemain pilihan keenam dari Jepun, Kodai Naraoka straight set 21-12, 21-19 dalam aksi 49 minit.

Terdahulu Kean Yew menjinakkan pemain sensasi dari Hong Kong, Ng Ka Long straight set 21-12, 21-17 dalam masa 35 minit.

Iklan

Zii Jia yang juga bekas juara edisi 2021 dijangka berdepan wakil India, Lakshya Sen atau bintang Denmark, Anders Antonsen di suku akhir.

Edisi 2023, cabaran jejaka kelahiran Alor Setar itu berakhir di separuh akhir selepas tewas kepada pemain China, Shi Yuqi, 19-21, 13-21.

Iklan

Sementara itu, hasrat beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing untuk mara tidak kesampaian apabila tewas kepada wakil dari Hong Kong.

Gandingan nombor 25 dunia itu tewas straight set, 21-17, 21-11 kepada Chun Man-Ying Suet yang berstatus nombor lapan dunia dalam aksi 40 minit.

Turut pulang awal satu lagi beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang tewas straight set kepada gandingan Belanda nombor 15 dunia, Robin Tabeling-Selena Piek.

Biarpun gandingan nombor sembilan negara bermula baik menang 21-17 set pertama, namun gagal mengekalkan momentum apabila tewas 21-19, 21-16 dua set berikutnya dalam masa 58 minit.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28