'Terharu kandungan video beri inspirasi kepada pelajar hilang semangat'

Iklan
Tun Laila

SHAH ALAM - Pempengaruh media sosial, Tun Laila Tun Rafaee melahirkan rasa terharu apabila kandungan yang dihasilkan memberi kesan positif kepada penontonnya.

Malah lebih membuatkan dirinya senang, apabila kandungan videonya memberi inspirasi kepada pelajar yang kembali bersemangat untuk belajar.

Iklan
Iklan

"Ada pelajar yang menyapa saya mengatakan bahawa sebelum ini dia tidak mahu belajar, sebab dia dilahirkan dalam keluarga yang senang.

"Tetapi apabila dia mula melihat kandungan video yang saya sampaikan, dia kata mula ada rasa hendak belajar. Jadi dia ini mendapat 'sesuatu' daripada kandungan yang saya hasilkan, saya sangat terharu dengan perkongsiannya itu," katanya pada program Interviu siri 06 sempena Hari Wanita di semua platform digital Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Katanya lagi, selain itu ramai juga yang mula percaya diri setelah menonton kandungan video yang dihasilkan.

"Kita buat kandungan ini, kita tidak tahu pun ia akan memberi kesan kepada orang ramai. Bila orang bagi tahu kita menerusi DM (direct message), ulang ciap, atau pun jumpa saya dekat luar berterima kasih.

Iklan

"Sebab video saya mereka kata, mereka sudah berani untuk bercakap. Selama ini orang kata dia macam susah hendak susun ayat tetapi bila tengok Tun Laila, dia sudah cuba untuk bercakap dengan orang, cuba buat kandungan video dan sudah mula untuk berkawan dengan orang," katanya lagi.

Tambahnya, itu antara kenangan dan pengalaman manis beliau sepanjang bergelar pempengaruh media sosial.

"Yang penting kandungan saya boleh membawa manfaat, jadi saya rasa ia sesuatu yang baik untuk saya terus memberikan inspirasi kepada penonton," katanya.