Heret mayat ke bank, demi keluarkan wang simpanan mangsa

Iklan
Casbohm (kiri) mengakui perbuatannya bersama Feralo menerusi panggilan dibuat ke penjara di Ohio. Foto Agensi

ASHTABULA – Demi wang, ada individu terdesak sanggup melakukan jenayah.

Insiden itu berlaku di Amerika Syarikat (AS) melibatkan dua wanita yang tergamak 'mengheret' mayat lelaki warga emas ke bank untuk mengeluarkan wang dari akaun simpanannya.

Iklan
Iklan

Salah seorang daripada suspek, Karen Casbohm, 63, mengakui perbuatannya di bandar Ashtabula, Ohio ketika kejadian pada awal bulan lalu.

Dia bersama rakan jenayahnya, Loreen Feralo, 55, ditahan pada minggu lalu atas tuduhan mencuri dan 'mendera' mayat selepas kedua-duanya tergamak meninggalkan tubuh mangsa dikenali sebagai Douglas Layman di hospital berhampiran setelah 'melarikan' wangnya yang berjumlah kira-kira AS$900 (RM4,217).

Iklan

Ketua Polis Ashtabula, Robert Stell berkata, mereka tiada hubungan dengan mangsa, namun menetap di kediamannya.

"Sebelum ini, mereka dibenarkan mengeluarkan wang dari akaun mangsa selagi dia berada di dalam kereta.

Iklan

"Siasatan awal mendapati Layman meninggal dunia di rumahnya pada 4 Mac lalu," jelasnya lagi, namun tidak memberikan butiran lanjut tentang punca kematiannya.

Difahamkan, kedua-duanya dihadapkan ke Mahkamah Perbandaran Ashtabula pada awal minggu lalu dan kes mereka akan dikemukakan kepada Juri Besar Ashtabula untuk menentukan prosiding seterusnya.

Ahli keluarga dan rakan mangsa yang hadir pada sesi tersebut menegaskan mereka mahu menegakkan keadilan untuk Layman kerana mereka telah memberi kepercayaan kepada Casbohm dan Ferolo untuk tinggal bersamanya. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28