Penggodam Rusia kembali mengganas
Iklan
SELEPAS lama menyepi, penggodam Rusia kembali mengganas.
Sabtu lalu, Zeba Siddiqui dan Raphael Satter - dua wartawan ternama Reuters yang mengkhusus kepada siasatan serangan siber, telah mendedahkan Microsoft mengesan percubaan penggodam Rusia untuk menceroboh sistemnya.
Penggodam Rusia tersebut didakwa ada kaitan dengan badan perisikan luar negara dan dipercayai mengguna data yang dicuri daripada e-mel korporat Microsoft pada Januari lalu untuk mendapatkan akses baharu.