Bekas ADUN Nenggiri jual air nira, hasilkan lebih 100 botol sehari

Iklan
Ab Aziz menunjukkan air nira atau lebih dikenali air tuak pandan yang dijual ketika ditemui pemberita di Kampung Lepan Jaya di sini. - Foto Bernama

GUA MUSANG - Selepas bersara daripada dunia politik, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Ab Aziz Yusoff, 63, beralih menceburi bidang perniagaan dengan menghasilkan air nira lebih 100 botol sehari sempena bulan Ramadan tahun ini.

Beliau berkata, permintaan air nira ini semakin meningkat berbanding tahun lepas kerana orang ramai sudah mengenali produk yang dihasilkannya sebelum ini yang terbukti berkualiti tinggi dan tahan lama.

Iklan
Iklan

Ab Aziz memeriksa air manisan nira yang terkumpul dalam plastik yang diikat pada mayang pokok kelapa untuk dikumpulkan. - Foto Bernama

"Menyedari kekurangan pengusaha kelapa pandan di jajahan ini, saya cuba menggunakan peluang yang ada untuk jual air nira yang diproses segar dari kebun seluas 0.8 hektar dekat Kampung Lepan Jaya, di sini.

Iklan

Ab Aziz (tengah) memantau kerja-kerja pengumpulan air nira atau lebih dikenali air tuak pandan. - Foto Bernama

"Air nira ini dijual pada harga RM5 sebotol dan menjadi tumpuan pembeli ketika bulan puasa, jadi saya dan pekerja akan bergilir-gilir setiap hari untuk menyadap air nira kelapa pandan," katanya kepada pemberita di Kampung Lepan Jaya, hari ini.

Iklan

Sementara itu bagi pekerja Abdullah Salleh, 72, pula berkata, proses menyadap dan mengutip nira dilakukan selama sejam setiap hari dan beberapa peringkat perlu dilakukan sebelum mendapat air tadahan nira yang banyak.

Ab Aziz memeriksa air manisan nira yang terkumpul dalam plastik yang diikat pada mayang pokok kelapa untuk dikumpulkan. - Foto Bernama

"Seawal pukul 6 pagi saya akan mula menadah air nira dan mengutip air tadahan selepas 12 jam.

"Mayang kelapa perlu ditarik menghala ke bawah dan diikat terlebih dahulu, sebelum hujung mayang disadap (dipotong) sedikit.

"Selepas seminggu barulah kita dapat menadah air nira ini," katanya.

Beliau berkata, keratan kayu cengal yang diletakkan di dalam bekas tadahan nira kelapa turut dimasukkan sebagai bahan pengawet semula jadi untuk memastikan minuman itu tahan lebih lama dan tidak masam. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28