MOSCOW - Pilihan Raya Presiden Rusia yang dijadualkan bermula hari ini akan dipantau oleh delegasi dari 36 negara dan lima pertubuhan antarabangsa.
Agensi berita Sputnik melaporkan Timbalan Speaker Majlis Persekutuan Rusia, Konstantin Kosachev berkata, ia termasuk delegasi Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) dan Parlimen Amerika Tengah (PARLACEN).
Iklan
Iklan
Secara keseluruhan, beliau berkata, lebih 200 pemerhati parlimen dan berpuluh-puluh lagi pakar pilihan raya telah diberikan tauliah melalui Majlis Persekutuan.
Malah jumlah itu berkemungkinan akan meningkat selepas ini.
Rakyat Rusia akan keluar mengundi dari 15 hingga 17 Mac pada Pilihan Raya Presiden kali ini.
Penyandang Presiden, Vladimir Putin, akan dicabar beberapa calon lain, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Artik dan Timur Jauh Dewan Rakyat, Nikolai Kharitonov, Timbalan yang Dipertua Dewan Rakyat, Vladislav Davankov dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa Dewan Rakyat, Leonid Slutsky. - Awani
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28