14 tentera laut Thailand cedera, kapal terbakar terkena tembakan meriam

Iklan
Seramai 14 anggota Tentera Laut Diraja Thailand mengalami kecederaan apabila tembakan meriam dari kapal tentera laut, HTMS Chonburi mengenai bahagian belakang kapal HTMS Khirirat di Pangkalan Tentera Laut Sattahip di Chon Buri.Gambar fail HTMS Khirirat

BANGKOK - Seramai 14 anggota Tentera Laut Diraja Thailand mengalami kecederaan apabila tembakan meriam dari kapal tentera laut, HTMS Chonburi mengenai bahagian belakang kapal HTMS Khirirat di Pangkalan Tentera Laut Sattahip di Chon Buri.

Jurucakap Tentera Laut Diraja Thailand, Laksamana Muda Wirudom Muangjeen berkata, dalam kejadian kira-kira tengah hari Khamis, tembakan artileri tentera laut itu dilepaskan dari artileri depan HTMS Chonburi terkena bahagian belakang HTMS Khirirat, sebuah frigat, yang berlabuh di Jeti Laem Thian.

Iklan
Iklan

Pasukan bomba bertindak memadamkan kebakaran di atas kapal berkenaan.

Semua mangsa dikejarkan ke hospital di Sattahip dan ramai kru yang terhidu asap.

Iklan

HTMS Chonburi kembali ke pangkalan pada Rabu selepas mengalami pincang tugas semasa latihan menembak yang menyaksikan peluru tertinggal di dalam laras meriam.

Tembakan itu dilaporkan berlaku semasa pembaikan. - Bernama

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28