Nabi Muhammad SAW melarang berpuasa lebih dua hari, menyuruh segera berbuka

Iklan
BERSEGERA dalam berbuka puasa merupakan salah satu suruhan dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Gambar Pexels.com

ABU HURAIRAH RA berkata: "Rasulullah melarang wisal dalam berpuasa." (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Ibnu Umar RA berkata: "Rasulullah melarang berpuasa wisal." Ada orang berkata:"Namun, bukankah kamu sendiri yang melakukan puasa wisal?" Rasulullah SAW bersabda:"Aku tidak sama dengan keadaan seseorang daripada kamu kerana aku diberi makan dan minum." (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Iklan
Iklan

ALLAH SWT telah menetapkan batasan puasa atas firman-NYA dalam ayat ke-187 Surah al-Baqarah dan dengan demikian, DIA membataskan permulaan dan akhir puasa.

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Manusia sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka puasa." (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Iklan

NABI MUHAMMAD SAW memulakan berbuka puasa dengan kurma. Gambar Pexels.com

Inilah yang disyariatkan bahawa manusia harus segera berbuka, tidak mengakhirkan dan tidak menyambungkan puasa, iaitu berpuasa dua hari atau lebih tanpa makan dan minum. Nabi SAW melarang seperti yang demikian.

Iklan

*Petikan dari Al-Quran Al-Karim Amazing terbitan Karya Bestari Sdn. Bhd.