Liga Bola Sepak Perlis 2024 dapat suntikan RM180,000

Iklan
Semua pasukan yang berminat perlu mengikuti info-info terkini Liga Super Perlis 2024 di Laman Facebook Rasmi Majlis Sukan Negeri Perlis. - Foto: MSN Perlis

LIGA Bola Sepak Perlis 2024 mendapat suntikan daripada kerajaan negeri yang meluluskan peruntukan tambahan dengan jumlah keseluruhan RM180,000.

Majlis Sukan Negeri (MSN) Perlis dalam satu kenyataan berkata, penganjuran liga bola sepak itu kembali dengan format pertandingan yang lebih menarik dan kompetitif.

Iklan
Iklan

Menurutnya, jumlah pasukan akan dihadkan untuk memberikan jumlah perlawanan yang lebih banyak kepada setiap pasukan yang bertanding serta mampu mewujudkan saingan peringkat kumpulan yang lebih sengit serta seimbang.

"Pengumuman lanjut dan taklimat kepada pasukan-pasukan yang berminat akan dimaklumkan selepas ini serta pemakluman berhubung dengan status tindakan tatatertib Liga Super Perlis 2023,” katanya yang dipetik di laman Facebooknya pada Jumaat.

Iklan

Agensi itu berkata, semua pasukan yang berminat perlu mengikuti info-info terkini Liga Super Perlis 2024 di Laman Facebook Rasmi Majlis Sukan Negeri Perlis.

"Ayuh nyatakan sokongan anda kepada liga tempatan kita. Semoga dengan penganjuran liga ini pada tahun ini akan terus menyumbang kepada peningkatan tahap profesionalisme dalam pembangunan sukan bola sepak di Perlis,” ujarnya lagi.

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28