Muda mahu terus jadi suara rakyat di dalam, luar Parlimen

Iklan
Kenyataan media dimuatnaik Muda di Facebook pada Jumaat.

SHAH ALAM - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) komited untuk terus menjadi suara rakyat di dalam dan luar Parlimen dengan menekankan isu kos sara hidup, peruntukan adil buat semua wakil rakyat serta reformasi institusi yang belum terlaksana.

Muda dalam satu kenyataan berkata, pihaknya melalui Jawatankuasa Eksekutif Pusat (JKEP) selesai mengadakan mesyuarat berkala dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi membincangkan pelan tindakan terutamanya isu yang menekan rakyat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Muda sebulat suara mahu memberikan komitmen sebagai blok ketiga dan menjadi semak imbang kepada kedua-dua blok utama dalam politik negara.

"Isu penyertaan Muda dalam acara yang tular telah dijawab oleh pimpinan Muda, kami secara tegasnya ingin mengingatkan semua pihak untuk tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan melangkaui keputusan parti.

Iklan

"Sebarang pengumuman berkaitan Muda dan pimpinan hanya akan dibuat melalui platform rasmi parti,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Pada 9 Mac lalu, Setiausaha Agung Muda, Amir Hariri Abd Hadi menafikan dakwaan pihaknya akan menyertai jelajah Perikatan Nasional (PN) sepertimana tular sebelum ini dan ia tidak pernah dibincangkan atau dipersetujui di peringkat JKEP.

Iklan

Hal ini kerana Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin terlebih dahulu memaklumkan gabungan tersebut sedang merancang untuk mengadakan siri jelajah ke seluruh negara bersama Syed Saddiq.