Pencipta karaoke meninggal dunia umur 100 tahun

Iklan
Negishi bersama kotak karaoke yang diciptanya. Agensi

TOKYO - Pencipta mesin karaoke, Shigeichi Negishi dilaporkan meninggal dunia pada usia 100 tahun pada Khamis di Jepun akibat sakit tua, menurut anak perempuannya.

"Negishi meninggal dunia secara semula jadi selepas terjatuh," menurut anak perempuannya, Atsumi Takano.

Iklan
Iklan

Negishi mencipta mesin karaoke pada tahun 1967 selepas mendapat idea menghasilkan mesin yang membolehkan sesiapa sahaja menyanyikan lagu kegemaran mereka apabila diperlukan.

Malah beliau dikatakan mempunyai tabiat mendengar rancangan radio Pop Songs without Lyrics setiap pagi di Jepun yang disiarkan secara minus one di Jepun.

Iklan

Beliau kemudian mendapat idea menggunakan rakaman pita lapan trek siaran Pop Songs without Lyrics yang kemudian digabungkan dengan sistem pembesar suara, mikrofon dan mesin kutipan wang.

Dengan mesin ini beliau boleh menyanyi dengan sokongan muzik latar belakang apabila diperlukan.

Iklan

Lagu pertama yang dimainkan pada mesin karaoke ialah Mujō No Yume yang popular di Jepun.

Mesin karaoke pertama yang dihasilkan oleh Shigeichi ialah Sparko Box dengan lampu berkelip di hadapan dan pemain pitar lapan trek yang boleh ditukar mengikut lagu yang ingin dimainkan. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28