SHAH ALAM - Guardian Malaysia (Guardian) mengambil inisiatif menampilkan enam kisah individu luar biasa dan berjaya mengharungi pelbagai cabaran dalam kehidupan mereka menerusi aplikasi TikTok miliknya.
Pengarah Pengurusan Guardian Malaysia, Priscilla Wu berkata, inisiatif itu merupakan sebahagian daripada komitmen Guardian sempena Hari Wanita Sedunia (IWD) pada tahun ini yang bertemakan Inspirasikan Keterangkuman.
Menurut Priscilla, enam individu yang terlibat ialah pejuang psoriasis, Rocyie Wong; doktor perubatan, atlet profesional dan pejuang kecergasan, Dr Aiesha Asmadi; guru bahasa isyarat, Anissa Jailani; pempengaruh kecantikan ‘Plus Size’, Ashyy Edwards; ibu dan usahawan, Zarina Zainuddin serta penerbit filem YouTube, Jared Lee.
"Tema Hari Wanita Sedunia (IWD) tahun ini, ‘Inspirasikan Keterangkuman’ amat dekat di hati Guardian apabila kami meraikan pelbagai sumbangan dan kejayaan wanita di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Priscilla, Guardian Malaysia juga menawarkan pelbagai promosi istimewa pada bulan Mac ini termasuk diskaun seluruh stor untuk produk kesihatan dan kecantikan.
"Pada tahun ini, kami juga memperluaskan sambutan dan meraikan bukan sahaja wanita, malah golongan lelaki yang banyak menyokong dan membantu mereka.
"Di guardian, kami meraikannya bersama anda dan orang tersayang termasuk lelaki dalam hidup anda yang telah membantu untuk mencapai kejayaan dan mengatasi cabaran yang dihadapi,” katanya.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28