Kualiti air Sungai Melaka bersih, di tahap kelas kedua

Iklan
Kualiti air Sungai Melaka berada di tahap kelas kedua iaitu sederhana tercemar pada tahun 2021 dan 2022.

SHAH ALAM - Kualiti air Sungai Melaka berada di tahap kelas kedua iaitu sederhana tercemar pada tahun 2021 dan 2022 dengan indeks air masing-masing mencatat 80.1 serta 80.3.

Pejabat Ketua Menteri Melaka dalam satu kenyataan berkata, manakala bagi 2023, sungai Melaka mencatat indeks kualiti air kategori bersih dengan indeksnya meningkat kepada 81.5.

Iklan
Iklan

Katanya, ia berdasarkan laporan Indeks Kualiti Air daripada Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka bagi tahun 2021 hingga 2023.

"Selain itu, indeks kualiti air di Lembangan Sungai Merlimau bagi tahun 2021 berada di tahap kelas ketiga dengan indeksnya ialah 58.1. Bagi tahun 2022, Sungai Merlimau juga berada di tahap kelas ketiga dengan Indeks Kualiti Air adalah 58.6 menyebabkan sungai itu dikategorikan sebagai tercemar bagi kedua-dua tahun tersebut.

Iklan

Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan Sungai Melaka dikategorikan antara 11 sungai paling tercemar dengan bahan kimia cap jari dan minyak hitam.

Tambah kenyataan itu, tahun ini Melaka sedang rancak menyambut Tahun Melawat Melaka 2024 dan akan menggamit ramai pelancong untuk menggunakan perkhidmatan River Cruise di Sungai Melaka.

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28