Israel rancang 'pulau kemanusiaan' untuk penduduk Gaza

Iklan
Bahagian selatan Gaza yang musnah akibat kempen pengeboman rejim Zionis. - Foto: AFP

TEL AVIV - Pasukan Pertahanan Israel (IDF) menghebahkan rancangan jahat untuk memindahkan kira-kira 1.4 juta penduduk Gaza yang hilang tempat tinggal ke ‘pulau kemanusiaan’.

Lokasinya dikatakan berada di tengah wilayah tersebut dan pelan sedang dibuat menjelang operasi untuk menggempur Rafah.

Iklan
Iklan

Namun, masih tidak jelas bagaimana ia akan beroperasi atau rupa sebenar ‘pulau’ tersebut yang dikatakan akan diwujudkan bersama komuniti antarabangsa.

IDF memberi jaminan kononnya perumahan sementara dan bantuan asas akan disediakan buat golongan tersebut yang terpaksa berpindah-randah sejak lebih lima bulan lalu.

Iklan

Jurucakapnya, Daniel Hagari berkata, mereka perlu memastikan kumpulan yang kini berlindung di selatan Gaza atau sejumlah besar mereka dapat dipindahkan sebelum ofensif bermula.

Difahamkan, bahagian tengah Gaza telah musnah teruk akibat kempen pengeboman dari pelbagai arah secara berterusan.

Iklan

Sementara itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken berkata, beliau belum menerima butiran lanjut tentang rancangan tersebut.

"Kami perlu melihat pelan secara menyeluruh yang tidak membahayakan nyawa orang awam dan memastikan keperluan asas golongan itu dipenuhi,” ujarnya. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28