RAMALLAH - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas melantik penasihat ekonomi, Mohammed Mustafa sebagai Perdana Menteri baharu selepas berdepan desakan Amerika Syarikat (AS) supaya melakukan pembaharuan di bawah visi pasca perang untuk Genting Gaza.
Setelah pengumuman pada Khamis, Mustafa kini menggalas tanggungjawab untuk membentuk kepimpinan baharu Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang mempunyai kuasa terhad di Tebing Barat.
Iklan
Iklan
Abbas juga meminta beliau menyusun rancangan untuk menyatukan semula pentadbiran di Ramallah dan Gaza serta mengetuai fasa pembaharuan bagi perkhidmatan keselamatan, ekonomi dan memerangi rasuah.
Mustafa, 69, pernah memegang jawatan kanan di Bank Dunia dan berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Ekonomi pada 2013-2014 yang turut menyaksikan beliau mengetuai jawatankuasa pembinaan semula Gaza setelah perang selama tujuh minggu berakhir pada masa itu. - Agensi
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28