Azan Maghrib selamatkan murid terperangkap dalam bas

Iklan
Kanak-kanak perempuan yang terperangkap dalam bas berjaya diselamatkan.

SHAH ALAM - Tindakan seorang lelaki yang mahu mendengar azan Maghrib di luar rumah telah menyelamatkan murid perempuan yang terperangkap di dalam bas sekolah.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Ahmad Syafiee berkata, jeritan sayup yang semakin kuat didengar menarik perhatiannya ke arah sebuah bas yang diletakkan berhampiran kediamannya.

Iklan
Iklan

"Tengah duduk depan gate (pagar) santai-santai, terdengar jeritan budak mula-mula halus, makin lama makin kuat.

"Cuma peringatan dan pengajaran untuk pemandu bas atau van sekolah, sebelum ‘off service’ periksa dahulu tempat duduk belakang, pastikan tiada murid,” menurutnya.

Hantaran Ahmad Syafee di laman Facebook.

Iklan

Ahmad Syafiee berkata, murid perempuan itu diselamatkan melalui tingkap belakang bas berkenaan sebelum dibawa pulang ke rumahnya untuk berbuka puasa.

"Tengok dekat name tag (tanda nama) ada nombor telefon penjaga. Dapat hubungi ibunya, terus dengar tangisan kerisauan seorang ibu (kerana) anaknya belum pulang.

Iklan

"Rezeki adik ini dapat berbuka lauk ayam butter dengan pak cik," ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28