Isteri Konstabel Iskandar bersyukur jasad suami dapat ditemukan

Iklan
Hantaran Anis Nur Ezati di Facebook pada Jumaat yang meluahkan rasa syukur suaminya telah ditemukan selepas sembilan hari operasi dan menyelamat mangsa bot karam di Batang Baleh. Facebook Anis Nur Ezati

SIBU - Anis Nur Ezati, isteri kepada Allahyarham Konstabel Iskandar Ibrahim bersyukur suaminya telah ditemukan selepas sembilan hari operasi dan menyelamat mangsa bot karam di Batang Baleh.

Dalam satu hantaran sayu di laman Facebook beliau pada Jumaat, Anis Nur Ezati mengungkapkan suaminya itu datang menemuinya di hari Jumaat yang suci di bulan yang mulia (Ramadan).

Iklan
Iklan

Beliau menyifatkan jasad suaminya cantik sempurna dan putih ibarat kain putih serta tiada sedikit pun cela.

"Sungguh aku cemburu dengan pemergianmu,” katanya.

Iklan

Berterima kasih kepada Iskandar yang telah menjadi suami yang baik, Anis Nur Ezati reda dan ikhlas dengan pemergian suaminya dan yakin syurga tempat untuk suaminya.

Laporan Sinar Harian pada Jumaat.

"Sampai masa aku juga akan menyusul,” katanya sambil mendoakan agar roh suaminya tenang dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang soleh di sisi Allah SWT.

Iklan

Dalam hantaran yang diiringi bacaan Al Fatihah itu, Anis Nur Ezati berkata, suaminya itu akan tetap menjadi insan yang paling beliau sayang di dalam hidupnya dan beliau yakin tiada siapa yang dapat menggantikan tempat suaminya.

Netizen pelbagai kaum dan agama terutamanya di Sarawak yang mengikuti perkembangan operasi mencari dan menyelamat mangsa bot karam itu, menyampaikan ucapan takziah kepada Anis Nur Ezati dan keluarganya.

Mayat Konstabel Iskandar Ibrahim, 28, anggota polis yang terkorban dalam tragedi bot karam di Sekolah Kebangsaan (SK) Lepong Baleh di Bahagian Kapit, ditemukan lengkap berpakaian polis di kawasan Seputin, Sungai Batang Rajang kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian pada jam 11.30 pagi hari ini.

Kejadian yang berlaku 7 Mac lalu turut meragut nyawa seorang lagi rakan setugasnya Sarjan Jonathan Lambet, selain dua orang awam iaitu Jack Balan, 44, dan Amerson John Nain, 47.

Seorang lagi orang awam, Moses Ngui, 47, berjaya diselamatkan oleh orang awam pada hari kejadian. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!