PM solat Jumaat di Masjid Al-Nour di Hamburg

Iklan
Anwar menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Nour pada Jumaat. Foto Bernama

HAMBURG - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Nour di sini.

Sebaik tiba, Anwar dan delegasi disambut Pengerusi Masjid yang juga Naib Pengerusi Majlis Muslim Jerman, Daniel Abidin dan juga Imam Samir Al Rajab.

Iklan
Iklan

Majid itu sebelum ini merupakan sebuah Gereja Capernaum sebelum ditukar pada tahun 2018.

Dalam ucapan ringkasnya, Anwar berkata, beliau gembira melihat umat Islam di Jerman hidup aman dengan penduduk yang lain.

Iklan

Pada masa yang sama, beliau berkata, penduduk Islam di seluruh dunia tidak boleh berdiam diri dengan penderitaan rakyat Palestin di Gaza yang kini terkepung.

"Saya berada di Jerman sebagai tetamu Canselor. Kami mengadakan pertemuan dua hala yang baik dengan pemimpin Jerman, serta perbincangan dengan komuniti perniagaan kerana kami ingin menjemput lebih ramai pelabur ke Malaysia,” katanya.

Iklan

Anwar berkata, beliau mengambil kesempatan untuk menyampaikan sentimen dan kebimbangan masyarakat Islam dunia kepada pemimpin Jerman, yang menurutnya turut menghargai beberapa kebimbangan itu.

"Apa yang kita mahu ialah gencatan senjata segera, bantuan segera kepada rakyat Palestin dan penyelesaian jangka panjang dalam usaha mencari keadilan, maruah semua rakyat tanpa mengira agama,” katanya.

Sementara itu, Daniel berkata, adalah satu penghormatan besar bagi masjid itu untuk menerima kehadiran Perdana Menteri Malaysia hari ini, terutamanya lawatan Anwar jatuh pada Jumaat pertama bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Beliau memberitahu, Perdana Menteri dan jemaah bahawa masjid itu dahulunya terletak di tempat letak kereta bawah tanah, sebelum berpindah ke lokasi sekarang.

Menurut Samir, kira-kira 2,500 jemaah dari 30 negara akan berkumpul untuk solat Jumaat dan mereka sedang mencari ruang yang lebih besar bagi memuatkan lebih ramai orang.

Anwar turut menyampaikan beberapa sumbangan kepada masjid itu, serta 11 naskhah Al-Quran - satu edisi khas dan 10 terjemahan bahasa Inggeris.

Terdapat kira-kira 5.5 juta umat Islam di Jerman, termasuk 140,000 yang tinggal di Hamburg. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!