Haiti menanti 'hari bahagia'

Iklan
Rakyat Haiti beratur untuk menyeberangi sempadan antara Quanamienthe di Haiti dan Dajabon di Republik Dominican.

PORT-AU-PRINCE - Sejak beberapa dekad lalu, Haiti bergelumang dengan krisis kemiskinan tegar, keganasan, ketidakstabilan politik dan bencana alam.

Situasi menjadi lebih huru-hara susulan kematian presidennya, Jovenel Moise yang dibunuh dalam satu serangan di kediamannya pada 7 Julai 2021.

Iklan
Iklan

Beberapa bulan sebelum kematian Moise, landskap politik di Haiti mengalami ketidakstabilan yang kemudiannya membawa kepada kemelut, protes, penculikan dan jenayah terancang.

Orang ramai menyelamatkan barang-barang mereka ketika meninggalkan di Port-au-Prince.

Selepas hampir empat tahun peristiwa berdarah atas kematian Moise, Haiti terus dicengkam krisis berikutan peletakan jawatan perdana menteri sementara, Ariel Henry pada Isnin lalu.

Iklan

Henry mengumumkan akan meletak jawatan sebaik sahaja majlis presiden peralihan ditubuhkan berikutan tekanan antarabangsa untuk menyelamatkan negaranya yang dibelenggu kekacauan.

"Kerajaan yang saya pimpin akan menarik diri dengan segera selepas penubuhan majlis tersebut,” kata Henry dalam satu kenyataan yang dirakamkan melalui video.

Seorang penunjuk perasaan yang menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry.

Iklan

Sebelum Henry memutuskan untuk melepaskan jawatan, ribuan penunjuk perasaan telah berhimpun di ibu kota Haiti bagi menuntut pemergiannya.

Ia susulan beliau gagal berundur sejajar dengan perjanjian politik yang ditandatangani pada 2022.

Sebahagian penunjuk perasaan membanjiri jalan utama di Port-au-Prince bagi menuntut peletakan jawatan Ariel Henry.


Seorang wartawan yang cedera dibantu rakannya selepas dia dilaporkan terkena tong gas pemedih mata.

Menurut perjanjian yang dibuat pada Disember 2022 berikutan pembunuhan Moise, Henry sepatutnya mengadakan pilihan raya dan kemudian menyerahkan kuasa kepada pegawai yang dipilih pada 7 Februari 2024.

Namun, Henry kekal berkuasa, dengan seorang pegawai kerajan mendedahkan bahawa perdana menteri sementara itu berhasrat untuk membentuk kerajaan perpaduan nasional.

Disebabkan terlalu marah dan kecewa apabila Henry didakwa mungkir janji, kumpulan kongsi gelap yang berpengaruh dan bersenjata mengetuai demonstrasi besar-besaran di ibu negara itu, Port-au-Prince.

Sebahagian penduduk Haiti menaiki sebuah bas untuk menyelamatkan diri daripada keganasan kumpulan bersenjata.

Akibatnya, Henry tidak dapat memasuki Haiti kerana keganasan yang dicetuskan penunjuk perasaan sehingga memaksa penutupan lapangan terbang antarabangsa utamanya.

Selain menyerang lapangan terbang utama dan balai polis, keganasan melampau penunjuk perasaan yang dikatakan diketuai kumpulan bersenjata itu turut menyerbu dua penjara terbesar di negara itu.

Seorang anggota polis bersiap siaga mengawal demonstrasi yang dicetuskan kumpulan bersenjatan dan penunjuk perasaan di Port-au-Prince.


Seorang anggota polis melihat kenderaan yang terbakar semasa demonstrasi penunjuk perasaan.

Serbuan itu puluhan orang terbunuh dan lebih daripada 15,000 kehilangan tempat tinggal selepas melarikan diri dari kawasan kejiranan mereka.

Bekalan makanan dan air semakin berkurangan apabila gerai dan kedai yang memenuhi penduduk Haiti yang miskin kehabisan barangan.

Malah, pelabuhan utama di Port-au-Prince dilapor masih ditutup sehingga menyebabkan puluhan kontena terkandas dengan bekalan kritikal.

Dua lelaki membawa keranda di sebatang jalan di Port-au-Prince.


Beberapa pemuda Haiti menaiki motosikal melepasi jalan utama di Port-au-Princeyang ketika demonstrasi berlaku.

Di sebalik ancaman kumpulan bersenjata yang mahu meneruskan protes dan rusuhan, rakyat Haiti terus menanti individu paling layak untuk membawa negara itu keluar daripada krisis sejak beberapa tahun lalu.

Seorang wanita berjalan melepasi sebuah kedai ubat yang dibakar oleh kumpulan bersenjatan.

SUMBER: AGENSI/ AFP

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28