SHAH ALAM - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri meminta orang ramai untuk bersama-sama memanfaatkan program berbuka puasa seperti Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 kerana ia mampu menzahirkan kebahagiaan khususnya buat golongan kurang berkemampuan atau kehilangan ahli keluarga.
Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN) berkata, inisiatif daripada warga kerja Karangkraf dan Sinar Harian memberikan keterujaan buat dirinya kerana berpeluang untuk bertemu mesra dengan komuniti setempat.
"Kami sangat teruja apabila melihat kira-kira 2,000 pengunjung hadir hari ini yang mana difahamkan penganjurannya sudah memasuki tahun keempat.
"Saya dan YKN merasa amat bertuah kerana diberi peluang menyertai program berbuka puasa sebegini yang mana anak-anak daripada institusi kami dan pelajar tahfiz sekitar sini pun turut hadir sama.
"Jadi, saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih buat Karangkraf dan Sinar Harian,” katanya.