Syor bina sekolah bertingkat
Iklan
SHAH ALAM - Sudah sampai masa kerajaan mempertimbangkan untuk membina sekolah bertingkat dalam menangani masalah kepadatan pelajar di kelas-kelas.
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berkata, lazimnya sekolah yang mempunyai kepadatan pelajar tertinggi berlaku di bandar-bandar besar seperti Putrajaya, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Alor Setar dan Pulau Pinang.