900 kilang jadi bebanan empat sungai
Iklan
PASIR GUDANG - Terdapat kira-kira 900 kilang dan syarikat termasuk industri berat menyebabkan bebanan kepada empat sungai utama di kawasan industri Pasir Gudang termasuk Sungai Kim-kim.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, Sungai Kim-kim, Sungai Tukang Batu, Sungai Perambi dan Sungai Buluh dikesan tercemar pada tahap tiga dan empat yang memerlukan pemantauan lebih kerap.