Remaja lelaki maut motosikal langgar batang kayu

Iklan
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 31.5 Lebuhraya Senai Desaru, sekitar jam 12.30 tengah malam, Sabtu. Gambar kecil: Mohd Sohaimi

JOHOR BAHRU – Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 31.5 Lebuhraya Senai Desaru, sekitar jam 12.30 tengah malam, Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak, kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Tiram.

Iklan
Iklan

"Apabila tiba di lokasi, motosikal dinaiki mangsa terlanggar sebatang kayu yang berada di atas jalan raya menyebabkannya tercampak ke atas jalan.

"Akibatnya perlanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi tujuan bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Iklan

Polis menasihatkan orang ramai sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya serta kod lalu lintas terutamanya ketika waktu puncak iaitu ketika pergi dan balik bekerja.

Orang ramai juga dinasihatkan agar sentiasa berwaspada semasa memandu dan ketika berada di jalan raya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!