Juadah harga RM1

Iklan
Peniaga makanan, Nurul Nartisa Ishak, 30, menunjukkan antara makanan yang dijual dengan harga RM1 di gerainya di Klebang Jaya, di sini.

Ketika kebanyakan harga makanan di Bazar Ramadan naik, beliau mengambil inisiatif berbeza apabila masih menjual makanan dengan harga RM1.

Nartisa berkata, menyahut seruan inisitaif payung Rahmah kerajaan merupakan matlamat utama dia dan suami menjual harga sedemikian bagi memberi lebih pilihan kepada pembeli dan membantu mereka yang memerlukan.

Antara makanan yang dijual dengan harga RM1 ialah nasi berlauk seperti nasi berlauk ayam merah, ayam butter, ayam kicap, pasta, mee goreng, laksa, kerabu maggi, 70 jenis kuih, air bungkus, pencuci mulut termasuk pulut mangga dan lain-lain lagi.