Semua pelumba trek negara tersingkir awal

Iklan
Shah Firdaus. Foto FB Muhammad Shah Firdaus

KESEMUA atlet berbasikal trek negara yang berlumba hari ini, gagal melayakkan diri ke pusingan suku akhir pada hari kedua acara Trek Piala Negara-negara UCI 2024, di Hong Kong.

Dalam acara keirin, Muhammad Shah Firdaus bersama adiknya Muhammad Ridwan Sahrom gagal melepasi repechage pusingan pertama, pada kejohanan tiga hari yang berlangsung di Veledrom Hong Kong.

Iklan
Iklan

Muhammad Shah Firdaus menamatkan perlumbaan di tempat ketiga pada saringan keenam, manakala Muhammad Ridwan pula menduduki di tempat kelima pada saringan keempat.

Hanya dua pelumba dari setiap saringan layak ke suku akhir.

Iklan

Terdahulu pada perlumbaan pusingan pertama Muhammad Shah Firdaus menduduki tempat kedua saringan keenam, manakala Muhammad Ridwan menduduki tempat kelima pada saringan pertama.

Pemenang pada setiap saringan layak ke pusingan lapan terbaik, manakala pelumba lain pula ke repechage pusingan pertama.

Sementara itu pelumba trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri gagal layak ke pusingan 1/16 akhir acara pecut, apabila hanya menduduki tempat ke-30 pada pusingan kelayakan.

Iklan

Empat pelumba terbaik layak ke suku akhir, manakala mereka yang menduduki tempat kelima ke-28 layak ke 1/6 akhir.

Piala Negara-negara edisi Hong Kong berakhir esok. - Bernama