RM5.4 bilion dibelanjakan di bazar Ramadan

Iklan
Ahmad Zahid (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima semasa Majlis Iftar Santunan Kasih Ramadan di Masjid Batang Merbau di Tanah Merah pada Sabtu.

TANAH MERAH - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan kajian yang dilakukan oleh Pakar Ekonomi Universiti Sains dan Teknologi (MUST) menyatakan kira-kira 22 juta umat Islam di negara ini berbelanja hampir RM5.4 bilion di bazar Ramadan.

Beliau berkata, jumlah itu disifatkan cukup tinggi kerana hanya melibatkan tempoh sebulan sahaja.

Iklan
Iklan

"Namun kita tahu bahawa peniaga-peniaga bazar Ramadan hendaklah dibantu. Namun perbelanjaan itu tinggi mungkin berlaku pembaziran," katanya ketika ditemui merasmikan Majlis Iftar Santunan Kasih Ramadan di Masjid Batang Merbau, di sini pada Sabtu.

Antara kepimpinan yang hadir pada Majlis Iftar Santunan Kasih Ramadan di Masjid Batang Merbau di Tanah Merah pada Sabtu.

Menurut beliau, ada kajian yang dilakukan dan mendapati bahawa kira-kira purata 850 gram dibazirkan setiap individu.

Iklan

Ujarnya, berbelanja itu pastinya boleh tapi sentiasa ingat, jangan membazir.

Ahmad Zahid memberitahu, ianya bertentangan dengan hakikat Ramadan yang seharusnya menjadi bulan mendidik umat Islam bersederhana dan tidak membazir.

Iklan

Dalam perkembangan sama, beliau berpesan kepada diri sendiri dan semua untuk memperbanyakkan ibadah-ibadah sunat serta amalan-amalan kebajikan serta memperkukuhkan lagi ukhuwah sesama insan di samping meninggalkan segala perbuatan yang sia-sia dan merugikan.

Ahmad Zahid (kiri) membincangkan sesuatu bersama kepimpinan yang hadir.

"Ia merupakan tempoh latihan untuk mendisiplinkan diri membeli apa yang perlu, berkongsi rasa kesusahan golongan yang memerlukan serta pada masa yang sama semai sikap berjimat cermat," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28