Himpunan pertahan jawi: Polis panggil empat individu

Iklan
Mazlan Lazim

KUALA LUMPUR - Empat individu telah diambil keterangan berhubung penganjuran ‘Himpunan Bangkit Pertahankan Jawi Haramkan Dong Zong’ pada 1 Januari lepas.

Tanpa mendedahkan tarikh dan nama mereka yang dipanggil, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya juga akan memanggil dua lagi individu untuk diambil keterangan kerana berhimpun tanpa kebenaran.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pihaknya juga memandang serius tindakan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) yang menganjurkan perhimpunan itu kerana tidak mendapat kebenaran untuk berhimpun.

"Penganjur juga tidak memberi notis mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 untuk berhimpun dan polis sedang mengambil tindakan menyiasatnya mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program keselamatan dan mencegah jenayah sempena ‘Kempen Kita’ di Perumahan Awam Seri Perak, Sentul di sini.

Sebelum ini, media melaporkan seramai 500 mahasiswa dari universiti awam mengadakan perhimpunan itu pada tanggal tahun baharu 2020 sebagai mempertahankan pengenalan tulisan Jawi di sekolah vernakular selain menggesa pertubuhan pendidikan Cina iaitu Dong Zong diharamkan.

Iklan

Perhimpunan itu juga diadakan susulan kritikan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang terhadap badan bukan kerajaan itu.

Peserta perhimpunan itu berkumpul di Masjid Negara sekitar 2 petang sebelum berarak ke kompleks beli-belah Sogo, di sini. - Bernama