Cadang bina muka sauk kedua alternatif hadapi masalah air di Papar

Iklan
Armizan ketika ditemui pemberita selepas tinjauan Program Jualan Rahmah (PJR) Ramadan dan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) di Tapak Tamu Mingguan Papar, Papar.

PAPAR - Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali mencadangkan supaya muka sauk kedua dibina sebagai jalan penyelesaian bagi menghadapi masalah air yang berlarutan hampir dua bulan di daerah itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu turut berkata, musim kemarau di Papar telah hampir dua bulan dan dijangka berterusan sehingga hujung Mac ini.

Iklan
Iklan

Kata beliau, keadaan itu bertambah teruk dengan kesan fenomena El Nino.

"Keadaan cuaca amat kering dan panas ini memberi impak paling teruk kepada Loji Rawatan Air (LRA) Limbahau yang terpaksa dihentikan operasi merawat air sejak 17 Februari lalu.

Iklan

"Pemberhentian operasi LRA ini menyebabkan gangguan bekalan air kepada lebih 50,000 penduduk dan saya melihat adalah menjadi keperluan supaya dicari alternatif kepada muka sauk sedia ada bagi LRA terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan Program Jualan Rahmah (PJR) Ramadan dan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) di Tapak Tamu Mingguan Papar, di sini pada Sabtu.

Iklan

Katanya lagi, LRA tidak beroperasi bukan kali pertama berlaku malah tahun lalu pernah dihentikan operasi sementara selama 26 hari kerana isu sama apabila kadar kemasinan air yang melebihi piawaian untuk rawatan.

"Ini bermakna tempoh 26 hari tersebut berlaku gangguan bekalan air. Atas sebab itu, antara solusi yang dikenalpasti adalah membina muka sauk alternatif dan kawasan yang sesuai adalah di Kampung Kabang, Papar.

"Bermakna muka sauk kedua perlu dibina untuk kedua-dua LRA ini supaya sekiranya muka sauk sedia ada bermasalah, maka sumber air mentah dari muka sauk kedua di Kampung Kabang boleh digunakan," katanya.

Armizan berkata, cadangan yang menelan kos kira-kira RM20 juta itu telah disampaikan kepada Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya.

"Saya akan bawa perkara ini kepada ketua menteri dan berharap kerajaan negeri dapat memberikan pertimbangan khas supaya projek ini dapat dilaksanakan pada kadar segera untuk mengelakkan isu ini daripada berulang," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!