Isu tunggakan gaji KL City akan diselesai segera - Fahmi

Iklan
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil bercakap kepada pemberita pada sidang media perkembangan terkini pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada Sabtu. Foto Bernama

KELAB Kuala Lumpur City (KL City) berjanji menyelesaikan pembayaran tunggakan gaji pemain dan pegawai sebelum 29 Mac ini seperti disyaratkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bagi memastikan pasukan itu bersedia menghadapi saingan Liga Super 2024/2025.

Penaung KL City Fahmi Fadzil berkata, beliau telah meminta Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Kamarulzaman Mat Salleh untuk menyampaikan komitmen tersebut kepada MFL.

Iklan
Iklan

Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi berkata, isu pembayaran tunggakan gaji akan dilaksanakan dengan kadar segera selepas melalui proses tertentu.

Beliau, yang dilantik penaung KL City pada Jun tahun lalu, berkata demikian kepada pemberita selepas merngadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif KL City, Stanley Bernard dan beberapa pemain kelab berkenaan di pekarangan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur pada Sabtu.

Iklan

Sementara itu Fahmi menzahirkan penghargaan kepada Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad, yang telah meletak jawatan semalam atas sumbangan tenaga sejak mengemudi kelab berkenaan pada 2019.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Khalid yang telah memimpin KLFA di waktu mencabar sukan bola sepak ketika mengharungi pandemik COVID-19,”katanya.

Iklan

Dalam pada itu Bernard percaya kehadiran Fahmi mampu menarik lebih ramai penaja bagi pasukan berkenaan terutamanya apabila mereka pernah mencipta beberapa sejarah seperti menjulang Piala Malaysia 2021.

"Jika ada suntikan dana dan kepercayaan, KL City boleh melonjak lebih jauh,” katanya.

Beliau turut mengumumkan pembantu jurulatih KL City, Miroslav Kuljanac dilantik sebagai ketua jurulatih skuad The City Boys dalam mengharungi musim baharu tahun ini selepas Nenad Bacina meletak jawatan secara mengejut semalam.,

"Pemilihan jurulatih kelahiran Croatia itu adalah bagi meneruskan kesinambungan corak latihan diterapkan jurulatih terdahulu bagi memastikan kualiti pemain terus meningkat ketika beraksi dalam padang,”katanya.

Sebelum ini, MFL memberikan ‘talian hayat’ buat dua pasukan Liga Super, Kedah Darul Aman (KDA FC) dan KL City FC untuk melunaskan tunggakan gaji pemain dan pegawai mereka secara berperingkat dan perlu berusaha menyelesaikan perkara berkenaan sebelum 29 Mac ini. - Bernama