JADON Sancho dilaporkan menolak untuk kembali ke Manchester United, melainkan Erik ten Hag dipecat.
Sancho kini kembali ke Borussia Dortmund sebagai pemain pinjaman selepas membuat perpindahan bernilai £73 juta (473 juta) ke United pada tahun 2021.
Pergeserannya dengan ten Hag di Old Trafford mencapai kemuncaknya dengan pergaduhan besar pada awal musim.
Sancho secara terang-terangan memanggil ten Hag sebagai pembohong apabila pengendali dari Belanda itu secara terbuka mengatakan bahawa Sanco tidak berlatih dengan baik selepas kekalahan kepada Arsenal pada bulan September tahun lalu.
Susulan itu, Sancho dilarang daripada berlatih dengan pasukan utama United dengan ten Hag membayangkan ia bukan satu-satunya insiden membabitkan Sancho yang menjadi pertimbangan apabila memutukan hukuman itu.
Pemain saya berusia 23 tahun itu kini perlahan-lahan menemui sentuhannya di Dortmund, malah akbhar The Sun mendakwa kelab Bundesliga itu bersedia mengambil semula Sancho sebagai pemain tetap dengan nilai perpindahan sekitar £35 juta (RM209 juta).
Minggu lalu, Sancho mengemudi Dortmund ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas menjaringkan gol pembukaan menerusi sepakan klinikal dari tepi kotak penalti.
Perlawanan menentang PSV Eindhoven itu turut menyaksikan Sancho dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan. - end