Pertarungan dua kuda tua
Iklan
Amerika Syarikat (AS) akan mengadakan pilihan raya presiden pada 5 November ini. Dua parti politik utama negara itu pada Selasa lalu secara rasmi menamakan calon masing-masing bagi pilihan raya tersebut setelah pusingan pertama pencalonan dalaman parti selesai.
Parti Demokrat mengekalkan Joe Biden iaitu Presiden AS sedia ada sebagai calonnya. Parti Republikan selepas saringan awal berakhir secara rasmi menamakan Donald Trump sebagai ayam laganya dalam pemilihan kali ini. Pada pilihan raya 2020, Trump tewas kepada Biden dalam pemilihan yang dianggap penuh kontroversi.