Warga emas ditemukan maut dengan kesan tetakan

Iklan
Seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun ditemukan maut dengan kesan tetakan di beberapa bahagian badan. Foto hiasan.

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun ditemukan maut dengan kesan tetakan di beberapa bahagian badan dalam kejadian di kawasan Taman Rinting, Masai, Pasir Gudang di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, laporan berhubung kejadian bunuh diterima pada jam 10.50 pagi.

Iklan
Iklan

Susulan itu, ujarnya polis menahan lima lelaki berusia antara 35 hingga 48 tahun di lokasi berasingan di Johor Bahru, bagi membantu siasatan.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan pada malam Sabtu.

Iklan

Kumar berkata, kesemua yang ditahan memiliki pelbagai rekod lampau termasuk kesalahan berkaitan dadah dan jenayah.

"Motif dan punca kejadian masih lagi dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28