BEREGU sensasi lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik sekali lagi membarakan kehadiran mereka dalam Kejuaraan Badminton Seluruh England 2024 Super 1000 di Utilita Arena Birmingham, England dengan impak positif.
Aaron-Wooi Yik mengesahkan slot perlawanan akhir setelah menjinakkan beregu dari Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan straight set 21-16, 21-15 di Utilita Arena Birmingham, England pada Ahad.
Kemenangan dalam perlawanan 36 minit itu menyaksikan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 mengekalkan rekod tanpa kalah 4-0 ke atas Jhe Huei-Po Hsuan yang juga ranking ke-15 dunia.
Pencapaian itu juga mengimbau semula memori mara ke final edisi 2019 sebelum tewas kepada wakil Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-11, 14-21, 12-21.
Aaron- Wooi Yik akan berdepan penyandang juara pilihan ketujuh dari Indonesia, Fajar Alfian-Rian Ardianto yang menyingkirkan cabaran sensasi Jepun, Takuro Hoki-Yugo Koyabashi straight set 21-18, 21-18.
INFO
Juara Seluruh England 2023
Perseorangan Lelaki
Li Shifeng (China)
Perseorangan Wanita
An Se-young (Korea Selatan)
Beregu Lelaki
Fajar Alfian- Muhammad Rian Ardianto (Indonesia)
Beregu Wanita
Kim So-yeong-Kong Hee-yong (Korea Selatan)
Beregu Campuran
Zheng Siwei-Huang Yaqiong (China)
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28