Pekerja ladang maut digilis traktor

Iklan
Kejadian pada jam 3 petang itu dikatakan berpunca daripada kegagalan menarik hand brake pada kenderaan tersebut.

GUA MUSANG - Seorang pekerja ladang maut dipercayai digilis traktor semasa sedang memunggah buah sawit di Ladang Aring 5, di sini pada Sabtu.

Kejadian pada jam 3 petang itu dikatakan berpunca daripada kegagalan menarik hand brake pada kenderaan tersebut sehingga meragut nyawa lelaki warga Thailand yang berusia 36 tahun.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati kemalangan terbabit berlaku ketika mangsa sedang bekerja memunggah buah sawit di hadapan traktor tersebut.

"Lelaki berkenaan tercampak ke hadapan dan akibat faktor jalan yang menuruni bukit, mangsa kemudiannya digilis oleh traktor berkenaan," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Seorang pekerja ladang maut dipercayai digilis traktor semasa sedang memunggah buah sawit di Ladang Aring 5, di Gua Musang pada Sabtu.

Iklan

Menurut beliau, pada ketika itu mangsa masih sedarkan diri di lokasi kemalangan.

Ujarnya, lelaki berkenaan kemudian dibawa ke pejabat ladang untuk diselamatkan namun meninggal dunia di sana.

Iklan

Choon Foo memberitahu, jenazah mangsa kemudian dibawa ke Unit Perubatan Forensik Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat.

"Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian tersebut boleh menghubungi talian 09-9121222 atau 017-2830392.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28