Polis sahkan lelaki hilang ditemukan semula

Iklan
Laporan Sinar Harian

ROMPIN - Polis mengesahkan penemuan semula seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 5 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Nor Azman Yusof berkata, mangsa Tea Lai Huat, 38, dijumpai dalam tahanan berhubung kes dadah.

Iklan
Iklan

"Syukur mangsa dijumpai dalam keadaan masih hidup di Johor dan (berada) dalam tahanan atau siasatan berhubung kes dadah oleh agensi kerajaan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sebelum itu, Nor Azman Yusof berkata, mangsa dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat keluar dari rumahnya di Kuala Rompin.

Iklan

Susulan itu, satu laporan telah dibuat oleh isteri pada 8 Mac lalu.

Sehubungan itu, pihak polis mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas sebaran berita sekali gus menyelesaikan kes terbabit.

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28