Tuntutan Akta Pendanaan Politik perlu disusuli dengan tindakan KRPPM-IGAR

Iklan
Azli

SHAH ALAM - Tuntutan berhubung penggubalan Akta Pendanaan Politik dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 perlu disusuli dengan tindakan lanjut menerusi penglibatan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) - Integriti, Governans dan Anti Rasuah (IGAR) serta Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof berkata, pembabitan itu bertujuan memberi pandangan dan idea untuk menambah baik tuntutan tersebut sekali gus menunjukkan kesungguhan di peringkat kumpulan rentas parti serta jawatankuasa khas yang terlibat.

Iklan
Iklan

"Kita mungkin akan susuli juga (perkara itu) cuma kita ada beberapa badan lain yang mungkin seharusnya tampil ke hadapan seperti kumpulan KRPPM-IGAR bagi bertemu dengan bahagian hal ehwal undang-undang dengan pihak menteri sendiri.

"Mungkin dapat memberikan pandangan yang selanjutnya berkenaan hal ini. Begitu juga dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi Dewan Rakyat.

Iklan

"Ia supaya semua aspek diambil kira dari pelbagai sudut,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan sebarang inisiatif ke arah penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik harus dilaksanakan dengan sebaik mungkin agar ia mencapai objektif sebenar iaitu bagi mengatasi masalah ketirisan negara.

Iklan

Azlina berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Azli dan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman berhubung penggubalan Akta Pendanaan Politik dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, ujar Azli, kenyataan daripada Azalina itu menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam pindaan Akta Pendanaan Politik dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

"Walau bagaimanapun saya gembira sebab apa yang saya bangkitkan dalam titah Diraja itu mendapat perhatian penuh daripada pihak kerajaan.

"Maknanya keutamaan itu diberikan kepada persoalan itu. Jadi ia satu perkara yang penting dan serius yang telah dibicarakan oleh pihak menteri waktu itu,” jelasnya.