Seramai 70 orang golongan Orang Kurang Upaya (OKU) cacat penglihatan tidak mensia-siakan masa mengikuti pembelajaran membaca Al-Quran Braille sempena bulan Ramadan ketika tinjauan di Seberang Takir hari ini.
Pengerusi Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) Terengganu, Mohd Fauzi Mansor berkata, sebagai umat Islam, kewajipan mempelajari al-Quran perlu dititikberatkan walaupun seseorang itu cacat penglihatan kerana ia adalah panduan utama hidup yang menyinari manusia dalam kegelapan.
Menyedari hakikat itu, beliau melalui PERTIS tekad membuka kelas pengajian al-Quran di Seberang Takir yang lebih sistematik dan tersusun bagi melahirkan golongan buta yang celik al-Quran.