Zakat fitrah

Iklan
Amil zakat Mohd Anas Syazwan Suwito, 31, (kiri) mengaminkan doa selepas menerima pembayaran zakat fitrah daripada seorang jemaah ketika tinjauan di Masjid Sirajul Islam hari ini.

Pembayaran zakat fitrah diwajibkan kepada setiap umat Islam dan biasanya dilakukan sejak awal bulan Ramadan lagi bagi memudahkan pengagihannya kepada golongan yang layak menerima.

Kadar zakat fitrah itu juga ditetapkan kepada tiga kategori mengikut beras yang dimakan keluarga Islam terbabit.